Hampir 22 juta penduduk Malaysia lengkap vaksinasi

0
2
Penerima-penerima hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini.

KADAR populasi dewasa di Malaysia yang telah lengkap vaksinasi sehingga semalam adalah 91.2 peratus dan 95 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Berdasarkan data dikongsikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Adham Baba dilaman Twitternya, hari ini
jumlah kumulatif pemberian dos vaksin yang diberikan adalah sebanyak 46,458,672 dos setakat semalam.

Populasi keseluruhan yang lengkap vaksinasi adalah seramai 21,907,522 individu (67.1 peratus), manakala yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin seramai 24,663,184 individu (75.5 peartus).

Jumlah pemberian vaksin harian pula adalah sebanyak 206,418 dos membabitkan 162,656 dos lengkap dan 40,491 dos satu daripada vaksin dua dos.

Kesemua negeri dan wilayah merekodkan kadar vaksinasi melebihi 80 peratus bari populasi dewasa yang lengkap vaksinasi kecuali Kelantan hanya 75 peratus dan Sabah paling rendah dengan hanya 66.9 peratus setakat semalam.

Sementara itu, berdasarkan data daripada laman covidnow.moh.gov.my, hampir tiga juga golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima vaksin Covid-19.

Jumlah keseluruhan kumpulan berkenaan yang menerima vaksinasi adalah seramai 2,967,982 orang membabitkan 2,416,010 individu (76.7 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 551,972 individu (17.5 peratus) lengkap divaksinasi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here