DOSM disaran tingkat kemahiran pengurusan data – Rina Harun

0
2

JABATAN Perangkaan Malaysia (DOSM) disaran supaya melaksanakan elemen latihan, pembangunan kompetensi dan sesi pemindahan pengetahuan berbentuk peningkatan kemahiran dan latihan semula (reskilling, upskilling) khusus berkaitan pengurusan data.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, latihan itu perlu diberi kepada pihak pemberi data dan mana-mana pihak yang berkepentingan untuk pengendalian data.

“Saya menyarankan supaya elemen latihan, pembangunan kompetensi dan sesi pemindahan pengetahuan berbentuk reskilling-upskilling khusus berkaitan pengurusan data turut dijalankan oleh pihak DOSM.

“Ini bagi memastikan pihak yang terlibat secara langsung dalam menjayakan Perkongsian Data Perlindungan Sosial (PDPS) dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dengan mencukupi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkongsi mengenai Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun

Menurutnya, perbincangan di mesyuarat itu cukup menarik dengan tumpuan utama kepada pembentangan oleh DOSM berkenaan pengurusan PDPS.

Rina berkata, selain perlindungan sosial, turut dibincangkan adalah langkah ke hadapan berkenaan kesejahteraan pendapatan warga emas.

“Pada masa ini hasil dapatan DOSM menunjukkan insiden kemiskinan relatif tertinggi adalah di kalangan kumpulan umur 65 tahun dan lebih 14.4 peratus (2019).

“Kementerian ini komited untuk terus memperjuangkan kebajikan kumpulan sasar ke arah perlindungan sosial yang lebih inklusif dan komprehensif,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here