Lelaki solat tengah Jalan Kucing

0
2

ANGGOTA polis trafik terpaksa mengawal lalu-lintas bagi memastikan keselamatan seorang lelaki yang solat di tengah-tengah kesesakan di Jalan Kuching di ibu negara.

Menerusi satu video yang tular di media sosial memaparkan lelaki terbabit sedang melaungkan azan sebelum menunaikan solat di tengah jalan raya tersebut.

Kejadian dipercayai berlaku semalam dan identiti lelaki itu tidak dapat dipastikan sama ada warganegara atau warga asing.

Dalam video berdurasi 35 saat itu, dapat dilihat seorang anggota polis trafik mengawal lalu lintas yang ketika itu sesak dengan kenderaan.

Rata-rata orang ramai yang melihat kejadian itu hairan dengan tindakan ‘pelik’ lelaki berkenaan, namun tetap memberi kerjasama bagi melancarkan aliran trafik sekali gus mengelak insiden tidak diingini.

Sementara itu, netizen di Facebook meluahkan kerisauan terhadap lelaki itu dan menyifatkan dia bermungkinan tidak waras.

Bagaimanapun, mereka memuji kecekapan polis dalam mengawal keadaan tersebut.

Fazli Arman berkata: “Mungkin tak waras tapi ingat solat, cuma salah tempat. Maka yang waras jangan tinggal solat dan juga tak ke salah tempat”.

Mohd Firdaus Mohd Nur pula berkata: “Yang lain nak komen..tengak la dulu..mungkin dia ada masalah mental..tapi solat dia tak lupa…jadi kita bersangka baik la…ini ujian dia, jangan cepat buruk sangka”.

“Orang waras takkan solat tengah jalan.. apa pun tabik hormat buat abam polis trafik.. salute,” kata Faizam ibnu Sinar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here