KKMM lancar prabayar Pakej Remaja Keluarga Malaysia

0
3

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini melancarkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia, iaitu pakej prabayar khusus untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah.

KKMM menerusi kenyataan berkata data produktiviti, pembelajaran dalam talian serta aktiviti bekerja dari rumah boleh dilakukan tanpa kekangan data melalui pakej tersebut.

“Bagi pakej Peranti Keluarga Malaysia pula membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan Voice over Long-Term Evolution (VoLTE) secara percuma.

“Teknologi VoLTE membolehkan pengguna menikmati panggilan berkualiti tinggi di rangkaian 4G.

“Peranti tersebut boleh dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk jenis peranti dan perkhidmatan dilanggan serta 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti,” katanya.

Menurut KKMM, Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia adalah inisiatif kerajaan melalui kementerian itu dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan.

Kata kenyataan itu, ia bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses internet di samping membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki peranti pintar mampu milik.

Pakej itu dilancarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di Kompleks KKMM di Putrajaya hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here