PM lancar Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634114740201","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSH-MP-25) di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) merangka pelan berkenaan, bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerja sentiasa terjamin.

Katanya, Pelan Induk Jangka Sederhana selama lima tahun ini merupakan kesinambungan pelan yang sama sebelum ini bertujuan menerapkan nilai inklusif bagi menggalakkan penyertaan semua pihak, bertepatan dengan transformasi sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di seluruh negara.

Sehubungan itu, Ismail Sabri memaklumkan, Pelan Jangka Sederhana ini menggariskan tujuh ‘Teras Strategik’ yang menjadi pemacu kepada pembentukan ‘Budaya Kerja Selamat dan Sihat’ dan membantu meningkatkan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia.

“Iaitu teras pertama adalah pemerkasaan KKP di sektor awam; teras kedua, pengukuhan amalan peraturan kendiri di tempat kerja; teras ketiga, penggalakan pendidikan dan penyelidikan KKP dan teras keempat pula, Pemerkasaan kesihatan pekerjaan.

“Manakala, teras kelima, peningkatan pematuhan KKP di sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS); Teras keenam, pemantapan KKP melalui teknologi; dan teras terakhir, peningkatan KKP berkaitan jalan raya – Work related Road Safety (WRRS), sektor informal dan pekerjaan masa hadapan (future jobs),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pelan ini akan meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan mengurangkan kadar kemalangan, kematian dan jangkitan penyakit, sekali gus membantu usaha kerajaan meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat.

“Malah, pelan ini dirangka setelah mengambil kira senario pekerjaan kini yang telah berubah. Hari ini, ruang rumah setiap ahli Keluarga Malaysia sudah menjadi ruang pekerjaan. Begitu juga di kafe, gerai dan restoran.

“Oleh itu, tujuh Teras Strategik yang mengamalkan budaya kerja selamat ini amat mustahak untuk dipatuhi oleh kita semua.

“Jadi, untuk pengetahuan semua, kesan langsung akibat pengabaian KKP ini, negara boleh mengalami kerugian sebanyak 4% daripada perolehan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun.

“Namun apa yang lebih diutamakan kerajaan ialah untuk mengelakkan kehilangan nyawa ahli Keluarga Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here