Muhyiddin tegur ‘secara santai’ – Osman

0
3

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berhubung tindakannya menghadiri program Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Slim, Perak, bulan lalu.

Adun Kempas itu berkata, Muhyiddin sempat memberikan nasihat ‘secara santai’ ketika bertemunya pada Sidang DUN Johor, pada Khamis lepas dan hari ini.

“Beliau (Muhyiddin) cakap dengan saya ‘slow’ sikitlah, jangan cakap banyak,” katanya ringkas seperti dilaporkan MalaysiaKini.

Sebelum ini, tular video yang menunjukkan Osman yang merupakan Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam, dipercayai sedang berucap serta berkempen menyokong calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim.

Namun, difaham kehadiran Osman di program itu hanyalah sekadar bertemu rakan lama sambil makan angin dan tiada kaitan dengan hal politik. – MalaysiaPost