Tetamu majlis kahwin Banyan Drive dikehendaki jalani saringan Covid-19

0
2

SEMUA tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan di Banyan Drive, Tawau pada 31 Ogos lalu, diminta untuk tampil menjalani ujian saringan Covid-19 di Pejabat Kesihatan daerah Tawau.

Memetik kenyataan Facebook rasmi pejabat kesihatan berkenaan, individu atau mereka terlibat diminta supaya menghubungi pejabat kesihatan itu segera.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak mendedahkan nama pasangan pengantin berkenaan.

“Sila hubungi Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau di talian 089- 775 733 sambungab 266 atau 277 pada Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Kerjasama anda semua dapat membantu dalam memutuskan rantaian Covid-19,” menurut kenyataan yang dimuat naik sebentar tadi. – Malaysiapost