PERDANA Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menghadiri mesyuarat Exco Puteri Umno secara bersemuka.
Menurut Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan, kehadiran Perdana Menteri adalah bagi mendengar pandangan serta menyampaikan nasihat dan amanat kepada kepemimpinan sayap tersebut.
“Selepas berbulan-bulan, Alhamdulillah hari ini (semalam) dapat jalankan mesyuarat Exco Puteri Umno Malaysia Bil3/2021 secara bersemuka.
“Antara yang dibincangkan adalah peranan Puteri untuk terus mengangkat isu-isu rakyat terutamanya berkait orang muda.
“Beruntung hari ini kami dapat bersama sama Perdana Menteri yang sudi luang masa mendengar pandangan serta menyampaikan nasihat dan amanat. Ribuan Terima Kasih kami ucapkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.
Zahida berkata Puteri Umno akan terus jadi wadah dan platform terbaik untuk anak muda dan rakyat Malaysia keseluruhannya. – Malaysiapost

