‘Tindakan PH persoal keabsahan pembubaran DUN Melaka sia-sia’ – Isham Jalil

0
2
isham jalil

KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN), Isham Jalil menyifatkan usaha Pakatan Harapan (PH) mencabar keabsahan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di mahkamah, hanyalah tindakan sia-sia.

Beliau berkata, pembubaran DUN Melaka yang dilakukan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali itu sah, kerana mengikut Undang-undang Tubuh Negeri itu.

“Pembubaran DUN Melaka sah, walaupun PH kata sebaliknya dan mahu membawa perkara ini ke mahkamah.. saya rasa mereka nak cabar, boleh mencabar di mahkamah namun apa yang saya nampak ini adalah satu langkah yang sia-sia.

“Ia kerana pembubaran itu sah apabila Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah mengadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, ketika itu Sulaiman, Ketua Menteri Melaka yang sah jadi mengikut Undang-undang Tubuh Negeri itu, beliau boleh menasihati TYT untuk membubarkan DUN,” katanya menerusi siaran langsung di Facebooknya.

Beliau berkata, PH juga menyatakan tindakan itu tidak sah kerana kerajaan Melaka tidak mengikut Undang-undang Duluan.

“Namun Duluan ini ikut undang-undang Presiden. Tetapi presiden ini ‘is not binding on the head’ negeri Melaka itu, Sultan atau TYT. ‘This is not bound with President’. Itulah saya pelik takkanlah peguam-peguam PH tidak tahu perkara ini.

“Bagaimanapun, saya rasa mereka mulai sedar (kesilapan) perkara itu tetapi kini mahu menyalahkan nasihat Ketua Menteri berikan kepada TYT untuk membubarkan DUN, ini juga hujah yang lemah.

“Jadi, pada pendapat saya, tindakan mencabar, dan semakan undang-undang adalah satu langkah sia-sia kerana ia termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here