
KES harian Covid-19 di Malaysia terus berada di bawah angka 10,000 buat hari ke-10 berturut-turut.
Bagaimanapun kes baharu yang dicatatkan hari ini sedikit meningkat iaitu 7,276 berbanding 6,709 kes dilaporkan semalam yang juga angka terendah dicatatkan sejak 7 Julai lalu.
Perkembangan itu dikongsi Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter sebentar tadi.
Keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia sejak wabak itu melanda negara pada awal tahun lalu kini adalah 2,353,579 kes. – Malaysiapost
