Sharifudin Abdul Rahim
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor hari ini mengadakan operasi Khas Penguatkuasaan (Ops Merah) terhadap penunggang motosikal yang menjalankan perkhidmatan P-Hailing.
Operasi melibatkan lebih 50 anggota JPJ dengan dibantu polis trafik itu dilaksanakan di lorong motosikal Seri Setia, Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam.
Bermula 8 Oktober sehingga 7 November 2021, JPJ diarahn melaksanakan “Ops Merah” terhadap kesalahan trafik melibatkan penunggang motosikal yang menjalankan perkhidmatan P-Hailing.
Sejak dilaksanakan, antara kes dikesan ialah melanggar lampu isyarat, melawan arus, motosikal tiada perlindungan insurans, menggunakan telefon bimbit ketika menunggang, tidak memakai topi keledar serta mengubah suai kenderaan. – Malaysiapost






