Tiz Zaqyah selar golongan antivaksin bongkak, ego

0
3

GERAM dengan sikap golongan anti vaksin, pelakon popular, Tiz Zaqyah menyifatkan kumpulan itu sebagai ego dan bongkak.

Menerusi hantaran Facebooknya, pelakon drama hit ‘Nur Kasih’ itu mempersoalkan sikap kumpulan berkenaan termasuk rakannya yang enggan mengambil vaksin.

Tanpa menamakan mana-mana individu, Tiz berkata, dia tidak faham apa yang diperjuangkan oleh golongan berkenaan kerana menolak kebaikan vaksin.

“Ambik lah vaccine tu. Manusia manusia, pasal kebaikan pun nak gaduh. Ego,bongkak.

“Semua orang dah vaksin, mu je belum. Mu lawan lawan lawan, sedangkan kami semua nak menang bersama. Ye, termasuk kawan-kawan aku yang tak nak vaksin.

“Kenapa sampai macam ni? Apa yang kau lawan sebenarnya?,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Tiz turut memuat naik laporan berita kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mahu laporan dibuat terhadap seorang pengguna laman sosial Twitter atas penyebaran berita palsu berhubung vaksin Covid-19.

Sementara itu, pelakon Edika Yusof menerusi ruangan komen hantaran berkenaan, mendakwa kebanyakkan yang menolak vaksin bukan antivaksin tapi disifatkan sebagai ‘prochoice’.

“Kebanyakkan bukan antivaksin tapi prochoice..n its test vaccine…no warranty. They concern about their health in future…they actually smart,” tulis Edika.

Membalas komen berkenaan, Tiz berkata, walau apa pun dia tidak dapat menerima sikap golongan berkenaan.

“Im truly sorry abang, saya tak terima orang yang tak nak vaccine, nak bergaduh, sebar maklumat palsu, Buat BISNES sijil HARAM vaksin, semata-mata? Apa? Sebenarnya?,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here