Audio tular tidak libatkan Perdana Menteri – sumber

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak terlibat dalam perbualan telefon dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron seperti tular sejak semalam.

Seorang sumber di Pejabat Perdana Menteri memberitahu Malaysiapost menegaskan tidak benar rakaman audio berdurasi kira-kira tujuh minit itu melibatkan Perdana Menteri dan Idris.

“Tidak benar,” kata sumber itu ringkas itu ketika dihubungi Malaysiapost.

Terdahulu beberapa media melaporkan Idris, seorang daripada empat Adun yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, turut menafikan suara dalam rakaman audio tersebut adalah dirinya.

Rakaman audio itu antara lain adalah perbualan antara dua individu didakwa Ismail Sabri dan Idris berkaitan krisis politik di Melaka.

Perbualan itu menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri cuba memujuk Idris supaya tidak menarik sokongan terhadap Sulaiman.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju membubarkannya, susulan tindakan empat Adun menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.

Selain Idris, tiga lagi Adun yang menarik sokongan itu ialah Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here