Lebuh raya baru buka, lembu pula berkeliaran

0
2

Nurul Huda Abhar

PENGGUNA Lebuhraya Central Spine Road (CSR) yang baru saja dibuka diingatkan agar berwaspada dengan sekumpulan lembu melintasi jalan di lebuh raya tersebut yang dikhutiri akan menyebabkan kemalangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman berkata, pengguna lebuh raya CSR perlu berhati-hati dan tidak memandu laju tidak kira ketika waktu siang atau malam.

Katanya, ini kerana terdapat sekumpulan lembu milik penduduk tempatan berkeliaran di kawasan lebuh raya dan dilihat melintasi jalan.

“Oleh kerana keadaan lebuh raya yang tidak mempunyai pagar di bahu jalan menyebabkan lembu-lembu ini masuk ke dalam kawasan lebuh raya. Dilaporkan sudah ada kemalangan yang melibatkan kumpulan lembu ini.

“Saya memohon kepada penternak kumpulan lembu ini agar memantau ternakan mereka bagi mengelak tragedi. Kepada semua pengguna lebuh raya CSR, sila berhati-hati,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Young Syefura berkata, isu berkaitan pagar di bahu lebuh raya dan haiwan ternakan yang berkeliaran telah dibincangkan dengan pihak Felda dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Terdahulu, dua seksyen lebuh raya CSR dibuka secara rasmi Khamis lalu melibatkan Jalan Central Spine, Pakej Raub ke Bentong, Seksyen 5C2 Kampung Asap Ke Kampung Sertik dan Seksyen 5D iaitu Bentong Bypass.

Jangkaan peratusan warga kota yang akan menggunakan lebuhraya CSR meningkat bermula hari ini berikutan kebenaran rentas negeri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here