Jual tanah UM: Ini cadangan merapu

0
2

AHLI Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menolak cadangan seorang wakil rakyat PAS supaya kerajaan mempertimbangkan untuk memindahkan Universi Malaya (UM) ke lokasi lain bagi membolehkan tanah tersebut dibangunkan.

Menyifatkan cadangan dikemukakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari itu sebagai merapu, beliau menolak sepenuhnya cadangan tersebut.

“Ini cadangan yang merapu dan saya tolak sepenuhnya idea sangat tidak bijak MP (Ahli Parlimen) PAS ini!

Jangan benarkan mereka jual tanah UM! Tolak!,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Baru-baru ini, Ahmad Fadhli memberi bahawa Putrajaya akan berdepan “tentangan lebih hebat” di dalam dan luar Dewan Rakyat jika tidak menarik balik keputusan menambah cabutan khas nombor ekor.

“Tak perlu kerajaan meningkatkan cabutan judi. Ini satu langkah terbalik, kita nak perkenalkan keharmonian kehidupan rakyat, tiba-tiba kita naikkan kadar cabutan judi daripada lapan kali kepada 22 kali setahun.

“Walaupun ada hujah mengatakan pendapatan daripada judi ini untuk kegunaan tertentu, walau apa hujah, judi tak boleh dinaikkan kadar cabutan,” katanya di Dewan Rakyat.

Ahmad Fadhli seterusnya dilaporkan berkata, banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan negara termasuk menggunakan tanah di kawasan tertentu untuk dibangunkan.

“Mungkin kita boleh fikir dan pindahkan sebahagian institusi pengajian di ibu kota Kuala Lumpur, contohnya UM (Universiti Malaya), ke lokasi lain dan tanah tersebut boleh dibangunkan.

“Mungkin apa saya sebut ini tak popular dan tak disenangi oleh alumni UM, termasuk Ahli Parlimen Bera, tapi kerajaan mungkin boleh pertimbang. Tiada keperluan lagi institusi pengajian berada di tengah bandar, ia boleh berada di negeri-negeri lain yang kita boleh rangsang ekonomi di tempat lain (jika adanya universiti),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here