KJ beri bayangan PM umum kebenaran rentas negeri

0
2

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi bayangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan kebenaran merentas negeri petang ini.

Menerusi ciapan di Twitternya, Khairy memuat naik poster sidang media khas Perdana Menteri jam 3 petang nanti dengan tanda pagar #Reopeningsafely.

Ciapan itu sekali gus menguatkan dakwaan berhubung desas-desus kelonggaran merentas negeri yang akan dinikmati rakyat susulan pengumuman berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan satu sidang media khas oleh Perdana Menteri, akan diadakan jam 3 petang ini.

Sidang media itu dijangka berkaitan dengan pengumuman kebenaran rentas negeri berikutan hampir 90 peratus penduduk dewasa di negara ni telah lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Jika dihitung kadar peningkatan peratusan lengkap vaksin yang kini 89.7 peratus, kebenaran rentas negeri mungkin akan mula dilaksanakan pada Selasa.

Menurut portal COVIDNOW hari ini, hanya berbaki 0.3 peratus lagi sebelum kelonggaran perjalanan rentas negeri dapat dinikmati rakyat Malaysia selepas sekatan itu dikuatkuasakan sejak Mei lalu.

elonggaran perjalanan rentas negeri akan dinikmati orang ramai apabila kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus, seperti diumumkan Perdana Menteri pada 22 September lalu.

Larangan perjalanan rentas negeri itu dikuatkuasakan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bagi membendung penularan Covid-19, mulai 31 Mei lalu. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Khairy Jamaluddin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here