Shuk Sahar buat hal lagi?

0
3

KISAH pergolakan rumah tangga pelawak Shuk Sahar masih belum reda apabila isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah meluahkan kekecewaan tidak sanggup lagi berdepan dengan kecurangan Shuk bersama ‘kekasih gelap’nya.

Menerusi hantaran di InstaStory, Rossalennah mendedahkan dirinya seakan-akan dipersenda selepas suaminya berkali-kali ‘main kayu tiga’ walaupun telah diberikan peluang untuk berubah.

“Tiada siapa pun mahu pilih perpisahan. Seboleh-bolehnya si isteri ini bersabar walaupun perit, sakit, trauma tetap juga dia tempuhi.

“Sayang sangat sebab peluang tak pernah dihargai. Mempersendakan perasaan dan hati yang sanggup memaafkanmu,” tulisnya dalam hantaran itu.

Menurut Rossalennah, agak sukar untuk memberikan kemaafan kepada Shuk kali ini kerana suaminya itu seperti tidak pernah sering mempermainkan perasaannya dan anak-anak.

“Saya terkilan sebab saya masih mahu baiki dan bertahan lagi. Tetapi, Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ini untuk saya maafkannya. Sedih sangat tetapi bersyukur sebab Dia tunjukkan kebenaran.

“Ingat, jangan sebab anda dicintai, disayangi dan dimaafkan, sesuka hati memperlakukan hidup orang. Dia (saya) pun ada hati dan perasaan,” katanya.

Menerusi hantaran lain di InstaStory, Rossalennah juga memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Shuk yang bersumpah untuk berubah sebelum ini.

“Kejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain. Tiada yang lebih zalim daripada ini.

“Selama ini, saya percaya Allah bagi kekuatan untuk memaafkan sebab ini cara-Nya menjadikan saya kuat dan sabar mendepani masa depan,” ujarnya.

Sebelum ini, wanita yang dikenali sebagai ‘Fara Salleh’ dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan Shuk dan mendedahkan bekas penyampai radio itu masih mengganggunya sehingga kini.

Fara juga pernah memuat naik gambar yang memaparkan bahagian belakang lelaki memakai tuala duduk di tepi katil yang seakan-akan Shuk, namun memadam perkongsian itu beberapa minit kemudian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here