Jawatankuasa khas siasat kes kematian Adib ditubuhkan – PM

0
2
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap pada media di Pusat Pengagihan Vaksin (PPV) PWTC hari ini.

KERAJAAN menubuhkan jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail sabri Yaakob, berkata jawatankuasa khas itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya, jawatankuasa itu turut dianggotai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

“Penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan dan sekali gus pelaku kematian Adib dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan sama, Perdana Menteri berkata, Kabinet turut bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas siasatan terhadap dakwaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menerusi bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”.

Katanya, pasukan petugas khas itu ditubuhkan bagi membuat kajian awal sebelum sebarang tindakan seterusnya diambil Tommy.

“Pasukan petugas ini akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara yang akandilantik dalam masa terdekat.

“Sementara itu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bertindak sebagai urusetia,” katanya.

Beliau berkata, pasukan petugas khas siasatan yang dicadangkan itu antara lain bertujuan untukmenyiasat dakwaan Tommy Thomas.

“Ia termasuk mengenai penyalahgunaan kuasa dalam isupelantikan hakim, campur tangan badan eksekutif melampau dalam badan kehakiman, pendakwaan terpilih dan bersifat politik serta pelanggaran sumpah kerahsiaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here