Air pasang besar, beberapa kawasan di Selangor terjejas

0
3

FENOMENA air pasang besar telah menyebabkan beberapa kawasan di Selangor mengalami banjir kilat, sejak semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, antara kawasan terjejas adalah Bagan Sekinchan dan Pantai Batu 23 di Sekinchan; Pantai Remis di Kuala Selangor; Jeti Pelabuhan Klang, Jeti Pulau Indah serta Telok Gong; Jeti Tok Muda Kapar serta Bagan Sungai Lang, Bagan Parit Baru dan Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.

“Hanya limpahan kecil berlaku menyebabkan banjir kilat yang dianggarkan setinggi 0.2 meter hingga 0.3 meter mengikut kawasan (tinggi dan rendah).

“Air mula naik sekitar 6.30 pagi dan kembali surut dalam tempoh satu jam dan keadaan terkawal,” katanya dipetik Harian Metro, hari ini.

Norazam menasihatkan orang ramai agar sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, perlu bersedia berpindah ke kawasan selamat.

“Pastikan keselamatan anak agar mereka tidak bermain di kawasan air.

“Penduduk dinasihatkan bersedia dari awal dengan memastikan dokumen penting disimpan tempat selamat serta memastikan semua punca kuasa elektrik ditutup dan meletakkan peralatan elektrik di tempat tinggi,” katanya.

Fenoman air pasang besar di pesisiran pantai Selangor bermula semalam dan dijangka berakhir pada Ahad ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here