Zizi tak kecil hati, anggap Azwan hanya mengusiknya

0
3

PENYANYI Zizi Kirana tidak berkecil hati dengan beberapa ciapan selebriti Azwan Ali di laman Twitter baru-baru ini.

Malah, Zizi, 36, menyifatkan itu adalah gurauan Azwan yang mahu mengusiknya, selain menganggap sebagai satu doa buatnya agar segera diberikan rezeki cahaya mata.

“Saya tidak berkecil hati atau terasa dengan pendapat peribadi Diva AA (Azwan) itu. Saya juga sering terhibur dengan perkongsian santai dan bersahajanya itu.

“Kenapa saya hendak memandang negatif apa yang dia katakan, kerana kata-kata itu satu doa. Semoga ramai yang mendoakan saya untuk mendapat cahaya mata dalam tempoh terdekat,” katanya dipetik Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, ciapan Azwan terhadap Zizi dan suaminya, Yusuf Baharin di laman Twitter telah mencuri perhatian netizen.

“Kau dah lekat ke nyah? Kuat drama hot kau? Kan? Dah dapat pucuk muda? Laju ek kau? Kau rasa?” ciap Azwan.

Mengulas mengenai kenyataan itu yang mana dia tidak boleh melakukan kerja berat, Zizi berkata, ia bukanlah disebabkan hamil.

“Berkenaan saya tak boleh nak buat kerja berat itu bukanlah fasal mengandung saja. Hamil atau tidak, Yusuf memang tidak benarkan saya angkat benda berat.

“Insya-Allah, terima kasih juga kepada semua yang mendoakan baik-baik buat saya dan suami,” katanya.

Zizi telah memilih Yusuf Bahrin sebagai pasangan hidupnya dan selamat dinikahkan dengan sekali lafaz pada 19 September lalu di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here