Tiada ujian swab, SJR untuk sekat golongan tak mahu divaksin rentas negeri

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633597915682","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

KERAJAAN tidak akan mewajibkan ujian swab Covid-19 kepada individu yang akan merentas negeri apabila kelonggaran itu dibenarkan dalam beberapa hari sahaja lagi. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana pergerakan rentas negeri melibatkan jumlah individu yang ramai dan mustahil pihak berkuasa mampu memeriksa setiap orang selain. 

Katanya, pihak berkuasa juga tidak akan menguatkuasakan sekatan jalan raya (SJR) bagi menyekat golongan tidak lengkap vaksinasi rentas negeri. 

Bagaimanapun katanya, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada terus digunakan pakai iaitu semua kelonggaran hanya untuk mereka lengkap divaksinasi, yang bermaksud golongan tidak divaksinasi tidak akan menikmati kemudahan seperti dine-in di restoran walaupun merentas negeri. 

“Rakyat lebih marah kalau berlaku kesesakan jalan raya, takkan nak periksa setiap orang, ini melibatkan semua jalan sempadan negeri, mustahil kita dapat semak semua orang. 

“SOP MKN sedia ada akan terus dipakai, maksudnya tidak membenarkan sesiapa yang tak terima vaksinasi untuk dine-in di kedai makan, itu terpakai… jadi walaupun kita kata rentas negeri hanya lengkap vaksinasi, tak ada sekatan jalan raya. 

“Tapi kalau mereka balik atau rentas negeri dan cuba makan di restoran, mereka tak dapat kebebasan sedemikian,” katanya dalam sidang media hari ini. 

Beliau mengulas pertanyaan sama ada mereka yang menolak vaksisnasi wajib melaksanakan ujian kendiri jika mahu merentas negeri. 

Mengulas lanjut, Khairy berkata kerajaan tidak mahu terlalu banyak SOP ditetapkan untuk merentas negeri kerana kelonggaran itu telah ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. 

“Sebab dah tunggu kebebasan untuk balik (kampung), takkan nak dapatkan permit polis. Kita sudah hampir capai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi, sekarang ini kawalan kendiri dan pemerkasaan individu serta komunti. 

“Tapi SOP itu tetap kekal, jadi kalau ada larangan untuk mereka yang belum divaksin atas sebab anti-vaksin dan dia cuba buat benda yang tak diberi kelonggaran kepada mereka, tetap dia melanggar SOP.  

“Sehubungan itu, polis akan terus pantau dan periksa pelanggan restoran. Itu cara kita akan buat pematuhan atau penguatkuasaan SOP sedia ada,” katanya. 

Beliau menambah, jika orang ramai mahu memastikan mereka tidak membawa bersama virus Covid-19 apabila bertemu keluarga di kampung, mereka disarankan membuat ujian kendiri terlebih dahulu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here