Permohonan kemasukan ke sekolah khusus mulai 10 Oktober hingga 15 November – KPM

0
1
Pelajar tingkatan 5 hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri sebagai permulaan sekolah hari ini. Pelajar calon peperiksaan utama 2020 memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

PERMOHONAN kemasukan ke tingkatan satu dan tingkatan empat bagi sekolah khusus 2022, boleh dibuat secara dalam talian mulai 10 Oktober hingga 15 November ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, bagi tingakatan satu permohonan boleh diakses melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my manakala bagi tingkatan empat pula di pautan https//:spskt4.moe.gov.my.

Menurutnya, KPM telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi tujuan pemilihan pelajar untuk masuk ke tingkatan satu dan ringkatan empat bagi Sekolah Khusus.

“Sekolah-sekolah khusus itu adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) mulai 2021,” menurut kenyataan itu.

KKM memaklumkan permohonan secara dalam talian itu adalah membabitkan SBP, SMKA, SMT, KV dan MTD bagi tingkatan satu dan empat.

“Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran secara dalam talian bermula 1 Disember 2021 dan pentaksiran akan bermula dari 17 Januari 2022 hingga 27 Januari 2022 bagi tingkatan satu dan 7 Februari hingga 17 Februari bagi tingkatan empat.

“Komponen yang akan ditaksirkan ialah kecerdasan insaniah (20 peratus), kecerdasan intelektual (70 peratus) dan artikulasi penulisan (10 peratus),” katanya.

Menurut KPM, syarat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus adalah mestilah warga Malaysia, mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM.

“Murid tahun enam bagi 2021 iaitu berumur 12 tahun atau lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010.

“Murid tingkatan tiga bagi 2021 iaitu berumur 15 tahun atau lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007,” katanya.

KPM memaklumkan keputusan pemilihan pelajar akan diumumkan pada 15 Mac 2022. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here