Dikatakan sedang berbadan dua, Neelofa minta doakan yang terbaik

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633587271375","origin":"unknown","is_remix":false,"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"fte_sources":[]}

SELEBRITI terkenal Neelofa mengambil pendirian untuk tidak mengesahkan khabar angin yang menyatakan dia kini sedang berbadan dua.

Sebaliknya, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 32, itu meminta untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Pengacara dan pelakon popular Neelofa berkenaan turut memberitahu sekiranya berita mengenai kehamilan benar, dia pasti akan berkongsi kegembiraan itu dengan peminat.

“Soalan mengenai sama ada seseorang itu sudah hamil atau tidak agak sensitif untuk dijawab. Pastinya mereka mempunyai alasan tersendiri

“Katakanlah desas-desus itu betul atau tidak, saya akan menunggu waktu yang terbaik untuk kongsikan kepada semua kerana berita ini adalah satu doa,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di laman sosial semalam.

Bekas pengacara MeleTop itu hadir ketika majlis sumbangan Bakul Kasih PRIHATIN- MAIWP di Surau Al- Mustaqim, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pinggiran Bukit Jalil bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26 atau PU Riz.

Hadir sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Sementara itu, Neelofa mengakui ramai pihak teruja menantikan berita kehamilannya sehingga sedikit-sebanyak memberi tekanan kepadanya.

“Saya berharap orang ramai dapat memahami perkara ini dan doakan yang baik-baik sebab saya sangat perlukan doa-doa ini sebagai satu perlindungan.

“Saya faham kedudukan saya di mana orang mengharapkan perkongsian ini. Insya-Allah akan dibuat dengan baik dan saya akan kongsikan kepada semua kerana ia bukanlah sesuatu berita buruk yang perlu disorokkan,” katanya.

Ditanya adakah pengumuman terbabit akan dibuat pada waktu terdekat, Neelofa berkata, dia akan memaklumkan apabila semuanya sudah betul-betul pasti.

“Sebagai contoh kalau kandungan dah betul-betul stabil barulah akan dikongsikan,” katanya.

Kehamilan Neelofa hangat diperkatakan sebelum ini selepas dilihat kerap memegang bahagian perut ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban bagi sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), pada 24 September lalu.

Neelofa dan Haris melangsungkan pernikahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here