5 hari kes Covid-19 di bawah 10,000

0
1
Orang ramai menunggu giliran bagi menjalani saringan Covid-19 di pekarangan Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

MALAYSIA melaporkan kes harian Covid-19 di bawah angka 10,000 buat hari kelima berturut-turut apabila mencatatkan 9,890 kes baharu hari ini.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,313,727 kes.

Sarawak kekal negeri tertinggi melaporkan kes baharu iaitu 1,413, diikuti Selangor (1,402) dan Kelantan (1,032).

Johor pula mencatatkan 993 kes, diikuti Sabah (820), Perak (794), Pulau Pinang (721), Terengganu (699), Pahang (564), Kedah (503), Melaka (260), Kuala Lumpur (250) serta Negeri Sembilan (180).

Perlis melaporkan 200 kes, diikuti Putrajaya dengan 59 kes serta tiada kes di Labuan. – Malaysiapost – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here