Dewan Rakyat kecoh Teresa persoal isu penjualan arak

0
2

PERSIDANGAN Dewan Rakyat hari ini kecoh dengan perdebatan berkenaan cadangan mengehadkan penjualan arak di ibu kota Kuala Lumpur. 

Keadaan menjadi hangat setelah Kementerian Wilayah Persekutuan berhasrat untuk mengehadkan penjualan arak di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina di sekitar Kuala Lumpur. 

Bagaimanapun, Teresa Kok (PH-Seputeh) mempertahankan pendapatnya bahawa tindakan tersebut tidak adil kepada pengusaha kedai bukan Islam. 

“Yang bertanya soalan ini adalah Yang Berhormat Dungun (Wan Hassan Mohd Ramli), tetapi, Kuala Lumpur merupakan ibu negara yang mempunyai masyarakat majmuk, bukannya masyarakat konservatif seperti di Dungun. Selama ini, tiada masalah bagi kedai di Kuala Lumpur untuk menjual arak kerana ini produk mereka. 

“Jadi, cadangan garis panduan melarang penjualan arak ini memang tidak adil kerana ada kedai ubat Cina menjual produk mengandungi alkohol dan dijual untuk kesihatan, oleh itu, larangan ini sebenarnya mengecewakan pengusaha kedai runcit dan kedai ubat Cina. 

“Kalau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ganggu operasi bisnes kecil macam ini, mereka nak minum boleh beli secara online menyebabkan penjualan secara haram itu akan lebih giat lagi, ini bukan apa yang dikehendaki kerajaan. 

“Jadi adakah menteri akan adakan satu sesi dialog antara penjual dengan pihak yang membantah?” soalnya. 

Ekoran itu, Dewan Rakyat menjadi gamat dengan Ahli Parlimen lain menyuarakan rasa tidak setuju dengan kenyataan itu. 

Malah, beberapa Ahli Parlimen PAS yang tidak puas hati bangkit dan cuba mengganggu sesi soalan tambahan tersebut.

Sehubungan itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim meredakan kehangatan dan menerangkan bahawa pertemuan bersama pengusaha kedai bukan Islam masih lagi berlangsung. 

“Saya ada buat perjumpaan, tapi belum habis lagi, itu sebab saya tangguhkan penguatkuasaan hingga 31 Oktober ini, sebab kita bukan sahaja kena fikir pasal orang nak jual sahaja, kena fikir orang yang nak beli. Ini kerajaan Keluarga Malaysia, kita menghormati orang Islam dan bukan Islam, kalau melihat kepada jumlah lesen diluluskan untuk bukan Islam, saya ingat mencukupi. 

“Tetapi jual arak secara bebas di merata tempat, ini tidak wajar kerana ia melibatkan anak muda yang boleh membeli arak dan minuman yang tidak dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan, berlegar dan di 

jual di mana-mana. 

“Jadi kita terpaksa perkenalkan undang-undang menyekat daripada kemudahdapatan supaya orang Islam dan bukan Islam tidak boleh menyediakan atau menghidang minuman keras di mana-mana, tapi orang bukan Islam boleh jual di tempat yang dibenarkan seperti hotel, pub, bar, dan kedai runcit yang khusus untuk jualan arak,” katanya. 

Justeru, Shahidan berkata, pihaknya akan meneruskan sesi perjumpaan dengan semua pihak untk mendapatkan solusi yang terbaik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here