PH bawa isu pembubaran DUN ke mahkamah

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633582392349","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

PAKATAN Harapan (PH) Negeri Melaka setakat ini tiada rancangan bertemu Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Sebaliknya Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata pihaknya akan membawa isu pembubaran DUN Melaka ke mahkamah. 

“Fokus kini untuk membawa pembubaran DUN ke Mahkamah bagi mempertikaikan proses dan fakta pembubaran termasuk menghormati perkara 19(2) Perlembagaan negeri,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Semalam, media melaporkan semua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menyokong PH berhasrat menghadap Yang di-Pertuan Agong. 

Adun Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, berkata bagi tujuan itu mereka akan ke Istana Negara bagi menyelesaikan krisis pembubaran DUN. 

“Esok kami akan menaiki bas ke Istana Negara dan cadangan ini sudah dipersetujui semua pihak. 

“Cadangkan ini (menghadap) disuarakan Datuk Seri Idris Haron (ADUN Sungai Udang) dan esok kami akan bertolak ke istana,” katanya. 

Adly semalam dilaporkan mendakwa Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam bertindak terburu-buru dalam membuat keputusan untuk membubarkan DUN Melaka. 

Adly Zahari dilaporkan berkata, sepatutnya Mohd Ali mendengar pandangan majoriti Adun serta empat yang tidak menyokong kerajaan, sebelum membuat sebarang pertimbangan mengenai perkara itu. 

Tambah Adly, pihaknya juga berpandangan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, tidak lagi mempunyai kepercayaan majoriti dan tidak wajar menasihati Yang di-Pertua Negeri untuk membubarkan DUN. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Adly Zahari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here