‘Rumah merah’ di serbu, 13 pelacur warga asing diberkas

0
2

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu kegiatan pelacuran wanita warga asing yang menggunakan dua premis apartmen kos rendah dalam serbuan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata serbuan dua premis ‘rumah merah’ itu dijalankan secara serentak pada jam 3.30 petang membabitkan seramai 27 orang pegawai.

“Semasa serbuan, penjaga pintu terus ditahan untuk dibawa ke premis tersebut. Cubaan meloloskan diri oleh wanita warga asing dan pelanggan berjaya digagalkan apabila kesemua jalan keluar premis telah dikepung oleh pegawai serbuan.

“Seramai 13 orang warga asing berusia antara 20 hingga 40 tahun telah ditahan. Mereka terdiri daripada lapan wanita warga Vietnam, empat wanita warga Indonesia dan seorang lelaki warga Vietnam.

“Manakala, dua lelaki tempatan yang merupakan penjaga pintu dan enam lelaki tempatan yang merupakan pelanggan di premis tersebut dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, dua premis di apartmen kos rendah itu disyaki menjalankan kegiatan pelacuran ketika tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurutnya, hasil risikan mendapati premis itu dikunjungi pelanggan tempatan dan warga asing dengan menawarkan pakej perkhidmatan seks pada harga RM60 bagi satu langganan.

“Modus operandi sindiket ini adalah pelanggan berjumpa penjaga pintu dan dibawa ke premis bagi tujuan pemilihan pelacur.

“Kegiatan pelacuran ini terbahagi kepada dua syif iaitu syif pagi dari 7 pagi hingga 3 petang dan syif petang bermula dari 3 petang hingga jam 9 malam.

“Kebiasaannya seorang pelacur mampu ‘melayan’ sehingga 14 pelanggan bagi satu syif,” katanya.

Beliau berkata, antara kesalahan dikenal pasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan kesalahan lain yang melanggar Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, semua tahanan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih, Selangor untuk siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here