Rentas negeri: Orang ramai digalak buat ujian kendiri berkala – Dr Noor Hisham

0
1
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

SEMUA langkah berjaga-jaga perlu diambil dan diteruskan susulan kelonggaran diberikan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk kebenaran rentas negeri yang dijangka akan diberikan dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata langkah itu perlu bagi memastikan rantaian jangkitan serta kes-kes Covid-19 menurun.

Menurutnya, selain langkah berjaga-jaga itu orang ramai juga digalakkan melakukan ujian kendiri RTK Ag air liur secara berkala.

“Dalam beberapa hari lagi, sekatan perjalanan antara negeri akan ditarik balik.

“Adalah penting untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan dan menjaga jarak fizikal walaupun bagi mereka yang sudah divaksinasi.

“Dalam menjaga keselamatan orang yang tersayang dan keluarga, lakukan ujian diri RTK Ag air liur secara berkala,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab bersama ketika ini bagi memutuskan rantaian jangkitan dan memastikan kes Covid-19 terus turun.

“Tolong amalkan tanggungjawab dan disiplin sosial yang tinggi. Lindung diri, lindung keluarga,” katanya.

Pada 22 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti merentas negeri akan dibenarkan apabila 90 peratus golongan dewasa sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka.

Sehingga semalam peratusan populasi dewasa yang telah lengkap vaksinasi adalah 88.8 peratus – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here