392 kes baharu varian Delta, Beta dikesan

0
2
PUTRAJAYA, 19 Jan -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 3,631 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 165,371 kes manakala sebanyak 2,944 kes telah sembuh dan terdapat 14 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 619 kes. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

JUMLAH kumulatif kes yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai varian yang membimbangkan (VOC) dan varian dibawah pemantauan (VUM), yang direkodkan sehingga semalam adalah sebanyak 2,252 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah yang dikesan itu, 2,232 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah varian yang perlu mendapat perhatian (VOI).

Menurutnya, secara keseluruhan sehingga kini bagi VOC terdapat sebanyak 1,996 kes varian Delta; 222 kes varian Beta; dan 14 kes varian Alpha.

“Bagi VOI, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyemak semula kategori ini pada 30 September lalu. Terdapat hanya dua VOI yang baru iaitu Lamba (C.37) dan Mu (B.1.621).

“Manakala Theta, Kappa dan Eta telah dikategorikan sebagai VUM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kajian berterusan dijalankan mengenai mutasi spike protein Covid-19 di Malaysia setakat semalam, mengesan 392 kes baharu VOC membabitkan 384 kes varian Delta dan lapan kes varian Beta.

Dr Noor Hisham berkata kes berkenaan dikesan dalam kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) – UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) yang mengesan sebanyak 91 kes yang kesemuanya varian Delta.

“Fakulti Perubatan Universiti Malaya (FOM-UM) pula telah mengenalpasti 83 kes iaitu 79 kes varian Delta dan empat kes varian Beta.

“Kajian oleh Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Teknologi MARA (UiTM), mengenalpasti sebanyak 77 kes yang kesemuanya adalah varian Delta,” katanya.

Menurutnya, Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) – UM, telah mengesan sebanyak 51 kes membabitkan 50 kes varian Delta dan satu kes varian Beta.

“Institut Genom Malaysia (MGI) pula mengenalpasti 48 kes iaitu 47 kes varian Delta dan satu kes varian Beta, manakala Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), mengesan 42 kes iaitu 40 varian Delta dan dua varian Beta,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here