MESYUARAT Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini, bersetuju membenarkan peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Johor dan Pahang berkuatkuasa 8 Oktober ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan, mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas berkenaan.
“Johor beralih daripada Fasa 2 ke Fasa 3, manakala Pahang daripada Fasa 3 beralih ke Fasa 4.
“Peralihan fasa ini dibuat mengikut garis panduan oleh PPN dan setelah mengambil kira penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis
Keselamatan Negara (MKN),” katanya menerusi Facebook. – Malaysiapost

