Muhammad Afiq
[ MUKTAMAR PAS ] WAKIL Kelantan Datuk Hassan Mahmood berkata memperkukuhkan kerajaan adalah agenda penting bagi PAS sebelum melaksanakan undang-undang Islam iaitu Hukum Hudud.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tawang itu berkata, kerajaan yang kukuh akan memudahkan pelaksanaan agenda Islam.
“Bila lagi nk buat (laksanakan) hudud, jangan tanya apa patut kita buat sekarang. Asas kerajaan adalah pengawal, kita baru ada pengawal.
“Jadi sekarang nak buat macam mana? Kena perkukuhan pagar, dalam keadaan sekarang kukuh kan pagar dahulu.
“Kita (perlu) memperkukuhkan kerjaan untuk laksanakan agenda Islam,” katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan parti itu.
Muktamar Tahunan PAS kali ke-66 itu berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa Kelantan.
Terdahulu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dasar sempena perasmian muktamar kali ini.
Pelaksanaan hukum hudud adalah agenda perjuangan PAS sejak puluhan tahun dulu lagi.
Gesaan supaya PAS melaksanakan undang-undang Islam itu kuat dilaungkan kini selepas parti itu menjadi sebahagian kerajaan Perikatan Nasional (PN).- Malaysiapost

