Sah, keahlian Idris Haron dalam Umno tergugur

0
2

KEAHLIAN Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Idris Haron tergugur sendiri serta-merta susulan tindakannya menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka yang ditunjangi Umno.

Surat menyatakan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang itu tergugur, ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam.

Surat berkenaan tular di media sosial hari ini.

“Adalah dimaklumkan keahlian Datuk Seri dalam parti Umno telah gugur dengan sendirinya berkuatkuasa serta-merta di bawah Fasal 20.11 dibaca bersama Fasal 20.9 Perlembagaan Umno.

“Ini adalah kerana tindakan Datuk Seri pada 4 Oktober 2021 membuktikan yang Datuk Seri tidak lagi menyokong kepimpinan dan kerajaan Melaka ditunjangi parti Umno sebelum ini,” menurut surat berkenaan.

Surat daripada Setiausaha Agung Umno yang tular di media sosial

Terdahulu hari ini, Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata, beliau belum menerima surat pemecatan namun mendapat tahu mengenainya dengan melihat surat yang tular di media sosial. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here