Pandora Papers: ‘Singapura jadi lubuk simpan duit luar negara’ – Puad

0
2
Foto Kredit: Minda Rakyat

AHLI Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa ramai terlepas pandang kes ‘Pandora Papers’ ada kaitan dengan kekayaanb Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin dan anak-anaknya di luar negara.

Katanya, menerusi laporan sebuah portal, Daim menjelaskan semua kekayaan yang diperolehi adalah secara sah kerana terlibat dalam perniagaan lebih 60 tahun lalu.

“Tanpa pendedahan itu, rakyat tidak tahu anak Daim jutawan sejak umur sembilan dan 12 tahun. Rakyat tahu kekayaan anak Tun M (Tun Mahathir Mohamd). Kalau anak orang lain, mesti meletop panas.

“Najib (Datuk Seri Najib Razak) bukan jutawan. Tetapi dikorek sampai ke lubang cacing. Bahkan dimalukan. Aset disita. Diviral pula ratusan kotak barang cenderahati. Cubaan dibuat untuk kaitkan kotak kotak itu dengan duit curi 1MDB,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Mohd Puad berkata, Daim seorang yang hebat kerana berjaya mengelak kekayaannya dan keluarga menjadi isu besar dalam media.

Katanya, pendedahan tersebut juga membawa kepada satu rahsia besar di mana Singapura dijadikan sebagai tempat untuk menyimpan duit di luar negara.

Terdahulu, portal MalaysiaKini melaporkan syarikat milik Daim adalah syarikat pelaburan atau syarikat pengurusan hartanah, dengan hartanah berkenaan memperoleh pendapatan sewa dan dibeli melalui pinjaman daripada bank Barclays di Knightsbridge, London.

Dalam Pandora Papers sahaja, syarikat dan firma pemegang amanah yang dimiliki oleh anak-anak, isteri atau rakan perniagaan Daim bersama-sama memegang aset bernilai sekurang-kurangnya GPP25 juta (kira-kira RM141 juta).

Katanya, Daim memaklumkan semua cukai telah dibayar sepenuhnya di setiap tempat (jurisdiction) di mana beliau menjalankan perniagaan dan meraih pendapatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here