Nur Dhabitah sertai ikrar pelajar baharu UKM esok

0
2
Dhabitah Sabri

ATLET terjun negara, Nur Dhabitah Sabri akan turut sama dalam Majlis Amanat Naib Canselor Minggu Mesra Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi bacaan ikrar pelajar baharu yang akan diadakan, esok.

Menurut jemputan media dikeluarkan oleh Pusat Komunikasi Korporat UKM Bangi, majlis itu akan berlangsung di Smart Selangor Anjung Digital (FTSM) di UKM, petang esok.

“Nur Dhabitah adalah antara 5,857 pelajar baharu yang terpilih untuk mengikuti pengajian di UKM bagi sesi akademik 2021/2022.

“Beliau akan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK),” menurut kenyataan itu.

UKM turut memaklumkan bahawa Nur Dhabitah merupakan antara calon yang berjaya melanjutkan pengajian secara Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

“Iaitu proses yang membabitkan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman. Pembelajaran ini boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah termasuk persekolahan yang formal, pengalaman hidup dan pekerjaan, latihan, pengajian bebas, kerja sukarela, hobi serta lain-lain,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Dhabitah yang beraksi di Sukan Olimpik Tokyo bagi acara 3 meter (m) terjun papan anjal wanita, pada Julai lalu.

Ia merupakan penampilan kali kedua Nur Dhabitah di pentas Olimpik, selepas menduduki tempat kelima acara 3m papan anjal seirama bersama Cheong Jun Hoong dan tempat kesembilan dalam 10m platform pada Olimpik Rio 2016.

Bagaimanapun, pada saingan di Olimpik Tokyo itu, atlet berusia 22 tahun itu hanya dibezakan 17.6 mata, iaitu mengumpul 326.15 mata di belakang pemenang pingat gangsa apabila menamatkan saingan di tempat keempat selepas mengharungi lima pusingan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here