Yuran sekolah anak Nora Danish boleh beli sebidang tanah – Netizen

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633428614650","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

PERKONGSIAN pelakon, Nora Danish yang sebak menghantar anak sulungnya, Putera Rayqal ke sekolah berasrama penuh Kolej Tuanku Ja’afar (KTJ), Mantin di Negeri Sembilan, Ahad lalu mendapat perhatian ramai, sehingga ada yang sanggup menyelidik yuran sekolah terbabit.

Seorang pengguna Facebook mendedahkan yuran sekolah berasrama penuh swasta itu menyamai harga sebidang tanah, kerana ia merupakan sekolah persendirian elit di negara ini.

“Nora Danish hantar anak dia ke Kolej Tuanku Ja’afar. Isteri aku tanya di mana sekolah tersebut? Aku mula-mula ingatkan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar. Aku pun dengan yakin jawab sekolah itu terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

“Tak lama selepas itu, isteri tanya lagi, memang biasa ke budak darjah enam masuk? Sebab anak Nora Danish baru darjah enam (12 tahun). Cepat-cepat aku Google,” tulisnya.

Ini kerana hasil carian individu terbabit mengenai yuran tahunan Kolej Tuanku Ja’afar itu, membuatkan dia terkejut apabila bayarannya mencecah puluhan ribu ringgit setahun.

Menerusi perkongsian pengguna tersebut, yuran tahunan untuk Tahun 5 dan 6 adalah RM39,690 untuk setahun dan ia tidak termasuk yuran after school care sebanyak RM12,000 setahun.

Bagi yuran untuk after school care (asuhan) dari jam 3.45 petang hingga lima petang berharga RM12,000 setahun.

Manakala, yuran tahunan untuk sekolah menengah yang tinggal di asrama hampir RM150,000 setahun.– Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here