Saksi utama kes terowong dasar laut maut jatuh kondo

0
2

SEORANG lelaki bergelar Datuk dipercayai pemaju hartanah terkemuka maut selepas terjatuh dari sebuah kondominium di Jalan Kelawei di Georgetown, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 53 tahun itu ditemui dalam keadaan cedera parah oleh penduduk berhampiran kolam renang selepas terjatuh dari tingkat 17, kira-kira jam 2 pagi, lapor Harian Metro.

Mangsa dipercayai saksi pendakwaan kes membabitkan projek mega di Pulau Pinang serta pernah memberi keterangan di mahkamah sebelum ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

“Buat masa ini saya hanya boleh mengesahkan memang ada kes individu terjatuh bangunan. Mangsa mati di tempat kejadian dan kes masih dalam siasatan, ” katanya.

Sementara itu, FMT yang memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan mangsa adalah saksi utama dalam kes rasuah projek terowong dasar laut melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sumber itu berkata, lelaki terbabit pernah ditahan untuk siasatan selain pernah bekerjasama sepenuhnya dengan pasukan penyiasat serta memberi keterangan bersumpah untuk membantu kes berkenaan.

“Kita sama sekali tidak menekannya. Dia bekerjasama dengan rela hati. Dia adalah salah seorang saksi utama pendakwaan kes mengenai perjanjian pertukaran tanah,” kata sumber itu. – Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here