Kongsi sejarah jersi ‘Airit’, netizen kata Rita Rudaini masih ingat bekas suami

0
2

KISAH pelakon sensasi Rita Rudaini menerjah kembali ruangan media sosial apabila netizen memperkatakannya masih tidak ‘move on’ kerana berkongsi mengenai sehelai jersi bertulis ‘Airit’ yang ada kaitan dengan bekas suaminya juga pemain bola, Aidil Zafuan.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Rita, 44, berkata terjumpa sehelai jersi lama yang tertera nama Airit ketika sedang mengemas baju lama di rumah sebelum mendedahkan kisah di sebalik jersi tersebut.

“Ceritanya, tadi tengah kemas-kemas baju lama nak beri pada orang. Terjumpa jersi lama. Tunjuk pada Ryyan dan Juna (Airit Qaqa Arjuna).

“Tahu tak, ini jersi tahun bila? Inilah jersi masa mommy dan daddy (bekas suami, Aidil Zafuan) mula bercinta. Daddy main (bola sepak) dengan Negeri Sembilan. Daddy buat jersi Negeri Sembilan untuk mommy dan sambung nama daddy (Aidil) dan Mommy (Rita), jadilah Airit,” katanya.

Tambah pemilik nama lengkap Rita Rudaini Mokhtar itu lagi, disebabkan jersi yang tertera nama Airit itu, dia telah dihubungi seseorang daripada pihak pengurusan pasukan bola sepak Negeri Sembilan untuk bertanyakan tentang maksud nama tersebut.

“Itulah sejarah bermulanya nama Airit. Hebat tak hebat cinta mommy dan daddy sampai rentas benualah.

“Teruja depa (anak-anak) dengar. Sebab Ryyan kata lamanya nama ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, Rita telah menghadkan ruangan komen di hantaran tersebut.

Perkongsian pelakon siri ‘Geng Mak Mak’ itu juga mendapat perhatian pelayar Facebook, dan rata-rata mereka berkata lebih baik agar Rita berhenti mengimbau kisah sebegitu bagi menghormati keluarga bekas suaminya.

Ada juga komen-komen yang bersimpati dengan dengan nasib kedua-dua anak lelaki pelakon itu yang dikatakan tidak mendapat kasih sayang daripada bapa sendiri.

Sebelum ini, Rita menerusi perkongsiannya di Instagram Rita banyak memuat naik hantaran memperjuangan nasib ibu tunggal dan wanita.

Rita berkahwin dengan Aidil, 33, pada 2008, namun bercerai September 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yang kini berada di bawah jagaan Rita. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here