59 pekerja dijangkiti Covid-19, hotel 5 bintang di Langkawi tutup

0
2

SEBUAH hotel lima bintang di Langkawi secara sukarela menutup sementara operasinya susulan 59 orang pekerjanya disahkan positif Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo berkata penularan Covid-19 di hotel itu melibatkan Kluster Dah Teluk Nibung iaitu kluster tempat kerja yang dilaporkan pada 1 Oktober lalu.

Katanya, kontak rapat pekerja yang terdiri daripada ahli keluarga mereka turut disahkan positif Covid-19.

“Siasatan awal mendapati penularan jangkitan disyaki daripada komuniti dan seterusnya merebak di tempat kerja.

“Sehingga hari ini, kluster ini melibatkan pekerja tempatan dan juga kontak rapat ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Othman berkata, setakat hari ini seramai 249 orang telah disaring dengan 59 orang didapati positif, seramai 92 orang negatif dan tiga orang lagi masih menunggu keputusan saringan.

Tambahnya, semua kontak rapat telah dikenal pasti dan dilakukan ujian saringan serta diberikan arahan untuk kuarantin di rumah (HSO) selama 10 hari.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here