Bubar DUN medan terbaik uji kekuatan PN, MN – Khairuddin

0
2

PENYELESAIAN bagi gelodak politik Melaka ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) seterusnya Pilihan Raya Negeri (PRN), demikian pandangan Ahli Parlimen PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, langkah itu adalah yang terbaik bagi menyelesaikan krisis politik di Melaka, selain dapat menguji sejauh mana tahap sokongan rakyat kepada sesuatu parti.

“Ia boleh menguji juga tahap sokongan pada PN (Perikatan Nasional) dan MN (Muafakat Nasional),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh menggunakan mekanisme yang sesuai dengan situasi pandemik Covid-19 bagi melaksanakan PRN di Melaka.

“SPR boleh membuat pelbagai prosedur yang mesra Covid sebagai ujian awal juga pada sistem berpilihanraya ketika Covid.

“Banyak negara dunia hari ini melaksanakan PRU ketika Covid. Anda setuju?,” katanya.

Krisis politik di Melaka tercetus apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, mengumumkan beliau bersama tiga lagi wakil rakyat hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan kerajaan negeri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here