Polis buka kertas siasatan kes ahli politik hina atlet badminton

0
2

POLIS membuka kertas siasatan terhadap seorang ahli politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap seorang atlet badminton negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata kertas siasatan itu dibuka berdasarkan daripada laporan polis yang diterima pihaknya baru-baru ini.

“Perkara ini kita ada terima laporan, jadi siasatan kita akan laksanakan. Kita siasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial status dipercayai berbaur perkauman oleh Ketua Bersatu Pasir Puteh, Borhan Che Rahim terhadap pemain badminton perseorangan negara S Kisona selepas pemain itu tewas di tangan pemain Jepun pada aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here