Kes baharu Covid-19 terus turun, 8,075 hari ini!

0
2
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

KES harian Covid-19 di negara ini terus mencatatkan trend penurunan di bawah 10,000 kes apabila hanya 8,075 kes baharu dilaporkan, hari ini.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini, jumlah jumlah kumulatif meningkat kepada 2,285,640 kes.

Dua negeri mencatatkan kes empat angka iaitu Sarawak dengan 1,189 kes dan Kelantan (1,020).

Sementara, Pulau Pinang merekodkan 853 kes baharu, Johor (781), Selangor (686) dan Sabah dengan 677 kes.

Diikuti, Terengganu 636 kes, Kedah (628), Perak (548), dan Pahang (522).

Selain itu, Melaka mencatat 219 kes, Kuala Lumpur (151), Negeri Sembilan (108), Perlis (36), Putrajaya (19) dan Labuan hanya mencatat dua kes.

Semalam, Malaysia melaporkan jangkitan di bawah lima angka iaitu 9,066 kes selepas sejak 12 minggu lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here