Wanita nekad terjun kereta, dipercayai bergaduh dengan kekasih

0
2

SEORANG wanita nekad terjun kereta selepas didakwa bertengkar dengan kekasihnya, yang juga dipercayai pemandu kenderaan tersebut.

Menerusi satu perkongsian video kejadian di laman sosial Mat Jie, mendakwa dia sedang memandu di belakang Perodua Myvi pasangan terbabit, sebelum terkejut apabila nyaris melanggar wanita itu yang secara tiba-tiba bertindak keluar daripada kenderaan tersebut.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor berdekatan Universiti Selangor.

Ketika kejadian, kereta jenis Perodua Myvi tersebut kelihatan memperlahankan kenderaan dan memberikan lampu isyarat kecemasan sebelum wanita itu bertindak terjun keluar.

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa bimbang ke atas tindakan yang dilakukan oleh wanita tersebut dan ada juga yang turut berasa simpati.

Amy Wan berkata, perempuan jika sudah membenci seseorang akan bertindak di luar kawalan hingga lupa akan keselamatan diri.

“Perempuan ini masa itu dia tak fikir apa dah ini, mungkin dia meluat tengok lelaki itu, nak tumbuk dan tendang lelaki itu dia tak kuat jadi dia pun binasakan diri sendiri,” katanya.

Faridah Abdullah Nurizda pula berharap perkara di antara mereka dapat diselesaikan secara baik.

“Kita tak boleh hukum mereka sebab kita tak tahu apa kes mereka, saya doakan yang si perempuan itu bersabar selesai cara baik-baik kalau rasa dah tak boleh baik putus sahaja cara elok,” katanya.

Sementara itu, Amira Hazman mendoakan kesejahteraan wanita itu dan tabah menghadapi segala masalah.

“Semoga perempuan itu baik-baik sahaja, apa yang jadi dalam kereta itu kita tak tahu tapi kalau lelaki itu naik tangan tinggalkan sahaja orang macam itu,” katanya.

Setakat ini, perkongsian video tersebut meraih lebih 4,800 tontonan dan 1,400 reaksi di akaun Facebook miliknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here