
BEKAS pembantu peribadi Datuk Seri Vida (DSV), Ahmad Iqbal Zulkefli mengakui usahawan kosmetik itu merupakan wanita pertama yang disentuh dan mungkin yang terakhir juga.
Atas alasan itu, Iqbal memaklumkan dia ikhlas mahu mengahwini DSV dan bukan disebabkan harta seperti pelbagai fitnah dilemparkan sesetengah pihak kepadanya.
“Wanita pertama & terakhir yang saya sentuh,” tulis Iqbal dalam ruangan komen ketika DSV membuat ‘live’ di Instagram miliknya.

Ketika DSV membuat siaran langsung di Instagram untuk mempromosikan produk-produk jualannya dan berinteraksi dengan pengikutnya, tanpa disangka bekas pembantu peribadinya itu masuk ke live laman sosial itu dengan muka masam mencuka dan langsung tidak bersuara.
Komen Iqbal itu mencuri perhatian netizen yang rata-rata memberi reaksi mengenai ‘wanita pertama dan terakhir disentuh’ apatah lagi kenyataan itu boleh mengundang fitnah.
Sementara itu, menerusi Insta Story, Iqbal memaklumkan sudah dua minggu dia dan DSV tidak berhubung, malah telah membatalkan dewan hotel untuk majlis mereka.
Kisah percintaan pasangan itu dikatakan bermasalah dan sehingga kini tiada tarikh rasmi diumumkan untuk mereka disatukan dalam ikatan pernikahan. – Malaysiapost
Kredit Foto: Instagram/Ahmad Iqbal Zulkefli
