PKR cadang tanding 28 kerusi DUN di Johor

0
1

PKR Johor berhasrat untuk bertanding di 28 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh.

Malah, beliau berkata, pihaknya menyasarkan kerusi yang bersifat campuran berdasarkan pola penduduk berbilang kaum yang berpotensi dimenangi parti itu antaranya Kempas, Larkin dan Permas Jaya, lapor Berita Harian.

“Kerusi DUN lain yang kita rancang untuk bertanding pada PRU15 di Johor, dinilai berdasarkan pola sama dan kemampuan kita memenanginya.

“Namun soal pengagihan kerusi ini masih terbuka, belum sampai peringkat kita putuskan mana-mana parti, tetapi kita lihat PKR ada potensi dan kelebihan sebagai parti pelbagai kaum,” katanya selepas Program Jelajah Peduli di Pusat Perdagangan Danga Utama di Johor Bahru hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ibrahim berkata PKR akan berunding dengan parti komponen Pakatan Harapan (PH) Johor berhubung pembahagian kerusi bagi mengelak pertikaian atau ketidakpuasan hati.

“Untuk memastikan kemenangan PH Johor, ia perlu dilihat secara menyeluruh. Jika kerusi itu tradisinya kerusi campuran, ia perlu diberi kepada parti yang boleh mewakili pelbagai kaum, supaya potensi untuk menang lebih besar.

“Dalam situasi pertandingan tiga atau empat penjuru, situasi itu adalah peluang terbaik untuk PKR terutamanya,” katanya sambil memaklumkan jentera PKR Johor sudah 80 peratus bersedia berdepan PRU15. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here