Hanya usaha keseluruhan masyarakat mampu memerangi Covid-19 – Guan Eng

0
3

SETIAUSAHA DAP, Lim Guan Eng berpendapat, Pulau Pinang adalah model terbaik membuktikan kerjasama keseluruhan masyarakat, di mana kerajaan persekutuan dan negeri serta rakyatnya bersama-sama memerangi wabak Covid-19.

Ahli Parlimen Bagan yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, berkata kerajaan persekutuan dan negeri menggembleng sumber serta tenaga bersama-sama 1.7 juta rakyat Pulau Pinang bagi memenangi melawan wabak berkenaan.

Menurutnya, ia melalui mitigasi wabak Covid-19 dan pada masa sama menjalani kehidupan normal semula hingga negeri berkenaan kini telah menunjukkan kemajuan dalam usaha itu.

“Segala perkembangan positif dalam tiga minggu ini adalah kerana langkah segera dan berkesan yang telah diambil, terutamanya dalam meningkatkan kapasiti sistem penjagaan kesihatan.

“Antaranya membina hospital medan, mewujudkan lebih banyak katil Covid-19 serta katil Unit Rawatan Rapi (ICU), memobilisasi lebih ramai tenaga kerja perubatan dan peralatan, lebih banyak kemudahan kuarantin, dan masa respon yang lebih pantas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, walaupun menunjukkan kemajuan, namun Pulau Pinang masih belum selamat lagi dan beliau menyeru kerajaan persekutuan untuk mempercepatkan peruntukan sumber tambahan bagi memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan.

“Ini supaya kita boleh melaksanakan mekanisme cari, uji, kesan, kuarantin dan sokongan (FTTIS) dengan berkesan. Kerajaan persekutuan juga perlu segera mewujudkan lebih banyak kemudahan ICU, termasuk ICU pediatrik di Pulau Pinang.

“Walaupun kes sedang menurun, kita perlu belajar daripada pengalaman negara-negara jiran yang sedang mengalami gelombang baru kes Covid-19,” katanya.

Guan Eng berkata, sistem penjagaan kesihatan negara perlu berada dalam keadaan bersiap sedia untuk bertindak segera jika ada sebarang peningkatan kes Covid-19 pada masa depan.

“Kita tidak boleh lagi melalui keadaan di mana respon yang lambat akan mengakibatkan penderitaan dan kematian,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here