PKPD: Lebih 300,000 penduduk Kota Setar akan disaring

0
2

SERAMAI 366,787 penduduk di 28 mukim di Kota Setar, Kedah akan menjalani ujian saringan Covid-19 dalam masa seminggu selepas kawasan itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata semua penduduk perlu menjalani saringan di klinik kesihatan berhampiran.

“Kerajaan sentiasa bertindak pantas bagi mengesan individu yang mempunyai kontak rapat dengan mereka yang positif Covid-19 bagi membendung penularan wabak itu.

“Kita sedang berusaha mencari (mengesan) individu yang mempunyai kontak rapat dengan kes Kluster Sungai dan Telaga,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Noor Azmi berkata, semua tempat awam di daerah itu juga akan dilaksanakan proses nyahcemar dari masa ke masa.

“Kedai makan, kedai runcit dibenarkan beroperasi mengikut waktu tertentu manakala masjid, surau dan sekolah diarahkan ditutup,” katanya.-Malaysiapost