Pelajar cemerlang terima sumbangan bantuan ke IPT

0
2

SERAMAI 376 pelajar cemerlang terdiri daripada anak-anak warga Padang Terap, Kedah menerima bantuan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Kesemua pelajar terbabit akan melanjutkan pengajian ke pelbagai IPT di seluruh negara bagi sesi kemasukan 2021.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, berkata anak-anak warga Padang Terap telah membuktikan kemampuan mereka dalam pendidikan dengan kejayaan menjawat pelbagai jawatan dalam sektor awam dan swasta.

“Sejak 16 tahun lalu program sumbangan bantuan ini dilaksanakan, saya dapati sudah ramai anak-anak warga Padang Terap yang melanjutkan pengajian ke IPT.

“Mereka ini telah berjaya dalam pelbagai bidang pekerjaan dalam syarikat swasta dan juga perkhidmatan awam,” katanya yang menyampaikan sumbangan berkenaan dalam satu majlis di Kampung Padang Kerasak, hari ini.

Beliau berkata, kejayaan itu sekaligus dapat mengubah taraf hidup ibu bapa dan keluarga pelajar terbabit.

“Itulah sebenarnya matlamat kerajaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan tinggi untuk rakyat supaya apabila taraf pendidikan rakyat meningkat.

“Ianya sekaligus akan meningkatkan juga taraf kehidupan rakyat, kerana menerusi pendidikan sahajalah akan mengubah nasib seseorang”, katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here