PKR Perak dapati logo PKR lebih sesuai digunakan pada PRU15

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633156643822","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

MAJLIS Pimpinan PKR Perak  berpendapat logo parti berkenaan lebih sesuai digunakan berbanding logo Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan PKR Perak Muhamad Arafat Varisai Mahamad, berkata pihaknya dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat kajian bagi mengetahui logo mana lebih sesuai digunakan.

“Kajian dibuat di 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak untuk mengetahui logo mana lebih sesuai untuk digunakan pada PRU15.

“Seramai 78 peratus responden menyatakan logo PKR lebih sesuai digunakan berbanding 22 peratus logo PH,” katanya dalam satu kenyataan Majlis Pimpinan PKR Perak, hari ini.

Kenyataan itu dibuat secara bersama oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR Perak.

Muhamad Arafat, berkata susulan daripada dapatan kajian itu, Majlis Pimpinan PKR Perak mewakili seramai 78,750 anggota PKR berpendapat selari dengan pilihan majoriti rakyat Perak yang memilih logo dan bendera PKR digunakan pada PRU15.

“Ia sebagai strategi untuk membantu kemenangan PH yang terbukti pada PRU14 serta bakal menterjemahkan perjuangan reformasi dan tanggungjawab parti sebagai pembela rakyat sejak lebih 20 tahun lalu dengan lebih baik,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here