Pemuda Umno sambut baik bantuan kerajaan carum PERKESO untuk ‘rider’

0
2

PEMUDA Umno menyambut baik inisiatif dan bantuan kerajaan yang mewajibkan setiap rakan penghantar P-Hailing dan E-Hailing mencarum PERKESO secara percuma bermula semalam sehingga 31 Disember 2021.

Ketuanya, Datuk Dr Asyaraf Wajdi Dusuki, berkata inisiatif itu selaras dengan ‘Resolusi Sidang Meja Bulat Tuntutan Hak Penghantar Malaysia’ anjuran Pemuda Umno, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kesatuan-Kesatuan P-Hailing dan E-Hailing seluruh Malaysia pada 20 September 2021.

Beliau berkata, resolusi itu mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan kaedah terbaik untuk penyedia perkhidmatan menyediakan perlindungan sosial (KWSP & PERKESO) terhadap penghantar.

“Inisiatif ini memastikan setiap rakan penghantar yang berdaftar secara percuma dengan PERKESO akan mendapat lapan faedah perlindungan dalam Pelan Caruman Kedua berjumlah RM232.80.

“Lapan faedah tersebut termasuk Perubatam, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan dan Elaun Layanan Sentiasa

“Selain, Faedah Pengurusan Mayat, Faedah Pinjaman Pendidikan dan Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional,” katanya.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, pihaknya berharap semua rakan penghantar dapat mengambil peluang ini untuk mendaftar dengan PERKESO.

“Sila berhubung dengan pejabat Perkeso berdekatan atau penyedia platform untuk perdaftaran SPS Lindung,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here