Malaysia mara ke separuh akhir Piala Sudirman

0
1

SKUAD badminton negara mencipta kejutan apabila berjaya mara ke separuh akhir Piala Sudirman 2021 selepas menumpaskan Indonesia 3-2 di suku akhir sebentar tadi di Vantaa, Finland.

Kejayaan Malaysia itu menamatkan kemarau terkandas di suku akhir sebanyak tiga kali berturut-turut pada tiga edisi terakhir sebelum ini dan sekurang-kurangnya mampu mengulangi pencapaian 2009 di Guangzhou.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia akan membuat perhitungan menentang Jepun dalam perebutan tiket ke final pada jam 9 malam ini.

Jepun melangkah ke kelompok empat terbaik selepas menewaskan Taiwan 3-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Terdahulu, beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See muncul wira skuad negara apabila menyumbang mata kemenangan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Pang Ron-Yee See yang menghuni ranking ke-27 dunia mempamerkan prestasi menakjubkan untuk menumbangkan pasangan nombor empat dunia yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2019, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti 21-19, 9-21, 21-16. – Malaysiapost

Kredit Foto: NST

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here